Q1.BAGAIMANA SAYA MAHU MENJADI AGEN, STOKIS MOBILE ATAU STOKIS PEMBORONG ?
Untuk menjadi agen sila hubungi Stokis Mobile, Untuk menjadi Stokis Mobile sila hubungi Stokis Pemborong dan untuk menjadi Stokis Pemborong sila hubungi hotline Syarikat.
Q2. BERAPAKAH MODAL YANG DIPERLUKAN UNTUK MENJADI AGEN, STOKIS MOBILE DAN STOKIS PEMBORONG ?
Modal yang diperlukan ialah RM500 sebagai Agen, RM5,000.00 sebagai Stokis Mobile dan RM50,000.00 sebagai Stokis Pemborong di Malaysia Barat ATAU RM1000 sebagai Agen, RM10,000 sebagai Stokis Mobile dan RM150,000.00 sebagai Stokis Pemborong di Malaysia Timor.
Q3.APAKAH SYARAT SYARAT LAIN DAN ADAKAH IA BERKONSEPKAN MLM ?
Perniagaan ini berbentuk Trading dan Tradisional dan tiada syarat syarat lain kecuali seperti yang ditetapkan oleh Undang Undang Malaysia seperti berumur 18 tahun ke atas dan warganegara malaysia.
Q4.APAKAH ADA YURAN KEAHLIAN DAN SEUMUR HIDUP ?
Buat masa sekarang tiada yuran keahlian dikenakan dan ia dikira seumur hidup jika masih aktif atau ada syarat syarat lain yang mungkin dikenakan oleh syarikat dari masa ke semasa.
Q5.APAKAH KEISTIMEWAAN MENJADI STOKIS MOBILE ATAU STOKIS PEMBORONG ?
Antara keistimewaan ialah kadar harga produk mengikut status anda dan dilantik sebagai wakil tunggal di kawasan, daerah atau negeri tersebut jika didapati kekal aktif dan berprestasi pencapaian seperti yang dikehendaki oleh syarikat.
Q6.APAKAH PRODUK INI MENDAPAT KELULUSAN KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA ?
Honey Apple 3 adalah minuman yang diperbuat dari madu + cuka kesihatan (epal) mengikut piawaian dari bahan bahan yang diluluskan dan tertakluk oleh undang undang kerajaan dan sedia dipantau oleh pelbagai jabatan yang berkaitan.
Q7.APAKAH PRODUK INI MENDAPAT KELULUSAN HALAL OLEH JABATAN UGAMA ISLAM MALAYSIA ?
Walaupun bahan bahan yang digunakan di dalam Honey Apple 3 adalah madu dan cuka epal yang diketahui sebagai halal tetapi kami tetap mendapatkan kelulusan halal dari Jabatan Ugama Islam Melaka bagi memberi jaminan dan kepuasan kepada pelanggan.
Q8.APAKAH HONEY APPLE 3 INI UBAT DAN BOLEH MERAWAT PENYAKIT ?
Honey Apple 3 adalah minuman berkhasiat dan tidak boleh didakwa secara langsung sebagai ubat atau merawat penyakit tetapi ia berfaedah atas asasnya sebagai madu seperti yang diperkatakan oleh pemahaman dalam ugama dan budaya turun temurun masing masing dan kebaikan cuka epal yang sudah dipergunakan dengan meluas.
Friday, February 13, 2009
Soalan Lazim (FAQ)
2009-02-13T16:06:00-08:00
belidirect
FAQ|
Subscribe to:
Post Comments (Atom)